PENGALAMAN VAKSIN DOS PERTAMA

6/08/2021 11:09:00 am

 

Assalamualaikum. Alhamdulillah wa syukru lillah, Allah masih pinjamkan nikmat untuk kin bernafas pada saat ini. 

06 June 2021 - Kin dapat satu panggilan dari number yang tak dikenali. Nasib baik kin jawab ye, dan dia bagi tahu panggilan ini dari pusat vaksin!

Dorang tanya ada cek mysejahtera tak, tarikh untuk vaksin dah naik. Kin belum cek lagi masa tu, dan dorang cakap nama kin dah naik untuk di vaksinkan dan minta kin hadirkan diri pada keesokan hari.
Lepas tamatkan panggilan, kin pun cek mysejahtera tapi tarikh belum naik. Kin return call balik untuk inform, dan dorang cakap datang je sebab nama kin memang dah naik dalam sistem dorang. Tak sangka secepat ini!

07 June 2021 -Kin hadirkan diri seawal 09.45pagi sebab appointment dengan dorang jam 10.00 pagi. Ada beberapa step sebelum kita di vaksinkan. Dorang akan minta kita isi borang, tanda jika ada penyakit berkaitan, atau ada close contact dan pengesahan samada kita rela dan bersedia untuk di vaksin atau tidak.
 
Lepas isi borang, dorang hantar kita untuk pendaftaran, dorang akan ambil ID Mysejahtera kita terus berjumpa dengan kaunselor, sekali lagi dia akan sah kan samada kita sihat atau tidak hari tu, ada sebarang penyakit. Oh ya, untuk geng TTC dibolehkan untuk ambil vaksin ya.

Alhamdulillah kin tak da sebarang penyakit, cuma dorang just take noted kin alahan dengan seafood. Seterusnya, dorang bawa kita ke bilik vaksin. Hanya dua orang boleh masuk untuk berjumpa doktor ya
Doktor dan staff Pejabat Kesihatan Kulim sangatlah baik dan friendly. Lebih selesa, dorang akan tutup pintu waktu kita nak vaksin sebab lebih cakna berkaitan aurat kita, sebab ramai penerima vaksin dikalangan kaum lelaki di luar. 

Waktu menunggu, sangat mendebarkan! Sampai turn kin di panggil, kin masuk siap sedia untuk di vaksin. Tapi kin tak toleh langsung arah bahu kin sebab kin sejenis yang takut jarum. Dalam hati tak henti baca بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Masa nak cucuk tu pun, doktor bismillah juga sekali lagi, lepas tu terus dia cakap dah siap. Serius, tak rasa apa apa langsung. Tak rasa macam kena jarum. Siap vaksin, dorang minta kin duduk di sudut pemerhatian sementara tunggu dorang bagi kad appointment untuk dos kedua 😊

Dari segi kesan selepas vaksin, kin berbeda dengan suami. Dia vaksin sehari sebelum kin dan kesan 5 minit selepas vaksin, lengan jadi lenguh, kalau tidur tak boleh nak iring ke kiri sebab bahu kiri kan, dan terlampau mengantuk. 

Kin sebaliknya, tak da rasa apa apa langsung dan kemungkinan besar sebab kin consume multivitamin. Dia tak percaya kin tak da kesan macam tu sampai ketuk ketuk bahu kin 😂 Alhamdulillah sampai ke hari ni masih lagi tak da kesan apa apa. 

09.45 pagi datang, 11.00am siap semuanya. Alhamdulilah, terima kasih Allah banyak permudahkan urusan kin!

Harapan kin, sehingga selesai dos ke dua nanti pun kin tak akan ada apa apa kesan. Vaksin ini hanya usaha kita untuk memutuskan rantaian covid-19 dan kita serah bulat bulat pada Allah, bertawakkal setelah berusaha. 

Kin vaksin sebab tak nak menjadi asbab pendamik ini berjangkit kepada parents kin dan juga mertua. Suami pun kerjanya kena berjumpa orang sana sini, jadi sangatlah rasa tak secure bila tak vaksin sebab virus ni kita tak nampak.

Yang tak nak vaksin, itu hak korang tapi jangan menghasut orang lain dengan dakyah dakyah yang tak sepatutnya. Taatlah kepada Ulil Amri. 

Ashyikin,
Penerima vaksin dos pertama.

You Might Also Like

8 komen

  1. Tahniah dan alhamdulillah selamat divaksin. Semoga kita dilindungi allah

    ReplyDelete
  2. Lepas baca pengalaman awak, terus saya buka mysejahtera saya. Tak dapat tarikh lagi, huwa...

    ReplyDelete

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers